Dah nak raya dalam 1-2 hari lagi...
Tahun nih aku raya kat rumah aku kat Sri Kembangan.
Tak balik kampung sebab anak aku masih kecik dan bini aku pun tak habih pantang lagi..
Tahun nih tahun yang aku rasa macam agak tak gembira untuk berhari raya...
Bukan sebab tak leh balik kampung, tapi sebab apa yang aku lalui dalam tahun nih...
Rasa cam bit-bit kegembiraan aku terhakis dengan dugaan yang aku tempuh dalam awal tahun nih...
Aku berdoa agar lepas raya nih, aku punya hidup akan lebih berseri dan bahagia.
Harap2 la lepas nih aku dapat meningkatkan bit-bit kegembiraan aku...
Untuk keluarga, member2 atau sesapa yang kenal aku,
Aku memohon maaf kalau ada Tersalah laku, Tersalah bahasa, Tersalah cakap
dan pelbagai Ter lah lagi, yang aku ada buat dengan sengaja atau tak sengaja yang mengguris hati dan perasaan, jiwa dan hidup..
Semoga persaudaraan dan persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat....